23 Desember 2007

Versi-versi Perisian Anti Virus

Norton Anti Virus
  • Membuang virus secara automatik tanpa mengganggu kerja yang sedang dijalankan.
  • Menganalisa dan mencuci virus yang terdapat dalam fail yang keluar masuk melalui e-mel.
  • Mengemaskini pangkalan data secara automatik melalui internet bagi mengenalpasti virus yang terbaru dan melindungi data.
  • Versi terbaru yang dikeluarkan ialah Norton Antivirus 2004 bagi operasi Windows.

Trend Micro PC-Cillin

Trend Micro Inc. ialah peneraju secara menyeluruh di dalam perisian antivirus. Ia melindungi termasuk komputer peribadi, fail dalam server dan juga untuk komputer rangkaian.
 Ciri-ciri:-
  1. Keselamatan dari virus baru dan virus yang belum dikenalpasti melalui perisian yang diedarkan.
  2. Menyediakan tahap keselamatan yang boleh diubahsuai, senarai rangkaian yang boleh dipercayai dan keupayaan menghalang virus.
  3. Menyelamatkan semua serangan biasa dan tempat serangan seperti internet, e-mel dsb.
  4. Menjaga keselamatan data dan maklumat di dalam komputer anda.


AVG Antivirus

Dikeluarkan oleh Grisoft Inc yang merupakan syarikat yang berpusat di US dsan mula diperkenalkan pada tahun 1998. Ia adalah pusat teknologi tinggi Czech Republik yang menumpukan keutamaan di dalam pembangunan dan pemasaran perisian antivirus untuk komputer sejak 1990.
 Ciri-ciri:
  •  Perlindungan kekal AVG.
  •  Melindungi fail yang keluar masuk melalui e-mel.
  •  Ujian terhadap kehadiran virus yang berjadual.
  •  Memperbaharui p/data secara percuma melalui internet.
  •  Memperbaharui p/data secara automatik.
  •  Senang digunakan dengan arahan yang mudah dan senang difahami.
  •  Membersih data secara automatik apabila terkena jangkitan virus.
  • Terdapat “Virus Vault” yaitu tempat selamat untuk memindahkan data yang tercemar untuk dibaikpulih.

Tidak ada komentar: