23 Desember 2007

Virus yang berpunca dari internet

1. Hargai dan hormati hak cipta.
Hindari daripada menggunakan perisian tiruan dalam apa jua keadaan.

2. Pasang perisian Anti Virus.
  •  Pasang perisian antivirus untuk melindungi mesin anda dan pastikan fail yang terkini dimasukkan.
  • Kemaskini fail anda setiap hari bagi memastikan virus yang baru dapat di cegah.

3. Kerap membuat salinan.
  • Selalu membuat salinan aturcara dan data anda.
  • Membaikpulih salinan adalah langkah yang paling selamat bagi mendapatkan kembali fail selepas diserang virus.

4. Imbas virus secara harian.
  •  Jadualkan untuk membuat imbasan setiap hari bagi mengesan virus.
  •  Jadual imbasan nboleh dilakukan pada bukan waktu puncak seperti waktu rehat tengahari dan tengah malam.

5. Periksa kepilan E-mel.
  •  Berwaspada terhadap virus yang dating sebagai kepilan e-mel daripada punca yang tidak dapat dikenalpasti.
  •  Ada virus worm yang boleh menyamar sebagai ucapan selamat atau perayaan.
  •  Jangan buka sesuka hati jika tidak yakin isi kandungannya.

6. Periksa fail yang dipindahturun.
Periksa cakera dan fail yang di pindah turun dari internet dengan perisian utility sebelum menggunakannya.

7. Hentikan semua aktiviti komputer.
Jika komputer anda telah dijangkiti virus, hentikan semua aktiviti komputer dan mulakan proses penghapusan virus bagi mengelakkan ia merebak dengan lebih banyak.

Tidak ada komentar: